Didik Al Quran

Monday, May 31, 2010

Tazkirah - Dengan Sehelai Risalah

Mata Siapa Yang Tidak Pernah Menangis


Pada setiap Jumaat, selepas selesai menunaikan solat Jumaat, seorang Imam dan anaknya yang berumur 7 tahun akan berjalan menyusuri jalan di kota itu dan menyebarkan risalah bertajuk "Jalan-Jalan Syurga" dan beberapa karya Islamik yang lain.


Pada satu Jumaat yang indah, pada ketika Imam dan anaknya itu hendak keluar seperti biasa menghulurkan risahlah-risalah Islam itu, hari itu menjadi amat dingin dan hujan mulai turun.


Anak kecil itu mula membetulkan jubahnya yang masih kering dan panas dan seeraya berkata "Ayah, Saya dah bersedia"


"Anakku, Bukankah sejuk keadaan di luar tu dan hujan juga agak lebat"


"Ayah bukankah masih ada manusia yang akan masuk neraka walaupun ketika hujan turun"


Ayahnya menambah " Ayah tidah bersedia hendak keluar dalam keadaan cuaca sebegini"


Dengan merintih anaknya merayu "Benarkan saya pergi ayah?"


Ayahnya berasa agak ragu-ragu namun menyerahkan risalah-risalah itu kepada anaknya "Pergilah nak dan berhati-hatilah. Allah bersama-sama kamu"


"Terima kasih Ayah" Dengan wajah bersinar-sinar anaknya itu pergi meredah hujan dan susuk tubuh kecil itu hilang dalam kelebatan hujan itu.


Anak kecil itu pun menyerahkan risalah-risalah tersebut kepada sesiapa pun yang dijumpainya. Begitu juga dia akan mengetuk setiap rumah dan memberikan risalah itu kepada penghuninya.


Setelah dua jam, hanya tinggal satu saja risalah "Jalan-Jalan Syurga" ada pada tangannya. Dia berasakan tanggungjawanya tidak akan selesai jika masih ada risalah di tangannya. Dia berpusing-pusing ke sana dan ke mari mencari siapa yang akan di serahkan risalah terakhirnya itu namun gagal.


Akhirnya dia ternampak satu rumah yang agak terperosok di jalan itu dan mula mengatur langkah menghampiri rumah itu. Apabila sampai sahaja anak itu di rumah itu, lantas ditekannya loceng rumah itu sekali. Ditunggunya sebentar dan di tekan sekali lagi namun tiada jawapan. Diketuk pula pintu itu namun sekali lagi tiada jawapan. Ada sesuatu yang memegannya daripada pergi, mungkin keputusan menekan loceng sekali lagi. Akhirnya pintu rumah itu di buka.


Berdiri di depan pintu adalah seorang perempuan dalam lingkungan 50an. Mukanya suram dan sedih. "Nak, apa yang makcik boleh bantu?"


Wajahnya bersinar-sinar seolah-olah malaikan yan turun dari langit. "Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik. Saya datang ini hanya hendak menyerahkan risalah akhir ini dan makcik adalah orang yang paling bertuah". Dia senyum dan tunduk hormat sebelum melangkah pergi.


"Terima kasih nak dan Tuhan akan melindungi kamu" dalam nada yang lembut.


Minggu berikutnya sebelum waktu solat Jumaat bermula, seperti biasa Imam memberikan ceramahnya. Sebelum selesai dia bertanya "Ada sesiapa nak menyatakan sesuatu"


Tiba-tiba sekujur tubuh bangun dengan perlahan dan berdiri. Dia adalah perempuan separuh umur itu. "Saya rasa tiada sesiapa dalam perhimpunan ini yang kenal saya. Saya tak pernah hadir ke majlis ini walaupun sekali. Untuk pengetahuan anda, sebelum Jumaat minggu lepas saya bukan seorang Muslim. Suami saya meninggal beberapa tahun lepas dan meninggalkan saya keseorangan dalam dunia ini" Air mata mulai bergenang di kelopak matanya.


"Pada Jumaat minggu lepas saya mengambil keputusan untuk membunuh diri. Jadi saya ambil kerusi dan tali. Saya letakkan hujung tali di galang atas dan hujung satu lagi di ketatkan di leher. Apabila tiba saat saya untuk terjun, tiba-tiba loceng rumah saya berbunyi. Saya tunggu sebentar, pada anggapan saya, siapa pun yang menekan loceng itu akan pergi jika tidak di jawab. Kemudian ia berbunyi lagi. Kemudian saya mendengar ketukan pintu dan loceng ditekan sekali lagi".


"Saya bertanya sekali lagi. Belum pernah pun ada orang yang tekan loceng ini setelah sekian lama. Lantas saya melonggarkan tali di leher dan terus pergi ke pintu"


"Seumur hidup saya belum pernah saya melihat anak yang comel itu. Senyumannay benar-benar ikhlas dan suaranya seperti malaikat". "Makcik, maaf saya mengganggum saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik" itulah kata-kata yang paling indah yang saya dengar".


"Saya melihatnya pergi kembali menyusuri hujan. Saya kemudian menutup pintu dan terus membaca risalah itu setiap muka surah. Akhirnya kerusi dan tali yang hampir-hampir menyentap nyawa saya diletakkan semula di tempat asal. Aku tak perlukan itu lagi".


"Lihatlah, sekarang saya sudah menjadi seorang yang bahagia, yang menjadi hamba kepada Tuhan yang satu ALLAH. Di belakang risalah terdapat alamat ini dan itulah sebabnya saya di sini hari ini. Jika tidah di sebabkan malaikan kecil yang datang pada hari itu, tentunya roh saya ini akan berada selama-lamanya di dalam neraka.


Tiada satu pun anak mata di masjid itu yang masih kering. Ramai pula yang berteriak dan bertakbir ALLAHUAKBAR.


Imam lantas turun dengan pantas dari mimbar lantas terus memeluk anaknya yang berada di kaki mimbar dan menangis sesungguh-sungguh hatinya.


Jumaat ini di kira Jumaat yang paling indah dalam hidupnya. Tiada anugerah yang amat besar dari apa yang dia ada pada hari ni. Iaitu anugerah yang sekarang berada di dalam pelukannya. Seorang anak yang seumpama malaikat.


Biarkan air mata itu menitis. Air mata itu anugerah ALLAH kepada makhlukNya yang penyayang.


"Sampaikan Walaupun Hanya Satu Ayat"


- Petikan dari email sahabat - Raitul Hanidi Ahmadiah@arai.



Catatan Kuliah Pengajian Hadith Bab Memelihara Anjing

Salam,

Orang Islam tidak boleh dan tidak dibenarkan memelihara anjing sebagai binatang peliharaan seperti kucing. Ia jelas boleh dipelihara hanya sebagai:

*Anjing perburuan seperti yang disebut dalam al-Quran, surah al-Maidah, ayat 4: Mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad): “Apakah (makanan) yang dihalalkan bagi mereka?” bagi menjawabnya katakanlah: “Dihalalkan bagi kamu (makanan) yang lazat-lazat serta baik, dan (buruan yang ditangkap oleh) binatang-binatang pemburu yang telah kamu ajar (untuk berburu) mengikut cara pelatih-pelatih binatang pemburu. Kamu mengajar serta melatihnya (adab peraturan berburu) sebagaimana yang telah diajarkan Allah kepada kamu. Oleh itu makanlah dari apa yang mereka tangkap untuk kamu dan sebutlah nama Allah padanya (ketika kamu melepaskannya berburu); dan bertakwalah kepada Allah (dengan memelihara diri dari memakan apa yang diharamkan oleh Allah); Sesungguhnya Allah Maha segera hitungan hisab-Nya”.

Haiwan buruan yang ditangkap olehnya tidak perlu disamak kerana ia antara yang dimaafkan (ma’fuwwun ‘anhu).

*Untuk menjaga tanaman
*Untuk menjaga binatang ternakan seperti lembu dan kambing seperti yang kita lihat dalam filem-filem koboi.

Nabi Muhammad SAW bersabda: Sesiapa yang memelihara anjing bukan untuk menjaga tanaman atau berburu maka akan berkurangan daripada pahala amalan hariannya sebanyak satu qirat setiap hari. (riwayat Muslim dari Abu Hurairah dan Ibnu Umar)


Qirat dijelaskan dalam hadis lain riwayat Muslim dari Tsauban: “Qirat itu umpama sebesar bukit Uhud”. Malah dalam hadis lain yang muttafaq ‘alaih (diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim) dari Ibnu Umar: “…sebanyak dua Qirat”.


Jika difikirkan memang logik kerana jika kita memelihara anjing sebagai haiwan peliharaan, sudah pasti tidak dapat mengelakkan diri daripada dijilat oleh anjing tersebut. Sedangkan setiap kali dijilat dikira najis mughallazah (berat).


Jadi, ia akan mengurangkan masa kita untuk melakukan ibadah lain kerana terikat dengan prosedur menyucikan diri dan tempat daripada najis mughallazah khususnya untuk solat lima kali sehari. Atau kita menjadi malas lalu mengabaikan status najis mughallazah yang perlu disucikan dengan tujuh kali air mutlak, yang pertama bercampur tanah yang suci.

Bayangkan rumah-rumah kita pada hari ini – bagaimana untuk mendapatkan tanah yang suci? Akan tetapi jika diabaikan, solat anda tidak sah pula.

Satu hadis yang diriwayatkan oleh Darqutni dan Hakim dinyatakan bahawa Rasulullah SAW pernah menolak jemputan satu kaum yang membela anjing untuk datang ke rumah mereka.

Apabila ditanya, baginda menjawab kerana dalam rumah mereka ada anjing. Sebaliknya baginda menerima jemputan kaum yang membela kucing. Apabila ditanya, baginda menjawab, kerana kucing itu bukan najis”.

Menolak jemputan
Lalu para sahabat baginda mengambil kesimpulan daripada hadis ini bahawa baginda menolak jemputan mereka yang membela anjing kerana bimbang terkena najis terutamanya air liur daripada jilatannya.
Terdapat juga hadis riwayat Muslim dari Abu Hurairah bahawa Nabi SAW bersabda: Malaikat tidak akan menemani seseorang yang berada di suatu tempat yang terdapat anjing dan juga loceng.


Dalam hadis lain, Nabi SAW bersabda: Sesungguhnya malaikat tidak akan memasuki rumah yang di dalamnya terdapat anjing atau gambar. (muttafaq ‘alaih- diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim) dari Ali.

Ulama kini pula mengharuskan penggunaan anjing untuk mengesan penjenayah, dadah, bahan letupan seperti bom atau periuk api, mangsa bencana alam seperti gempa bumi atau tsunami, dan sebagainya.
Ia bagi membantu kerja-kerja mencabar pihak pengawal keselamatan, pegawai penjara, pihak polis, dan imigresen terutamanya untuk pengawasan hatta kepada rumah-rumah persendirian yang memerlukan khidmat anjing daripada masalah kecurian atau rompakan.

Begitu juga untuk menolong orang yang cacat sama ada untuk tujuan pengawasan (contohnya daripada dibuli) atau untuk menunjukkan jalan seperti membantu orang buta.

Larangan membela anjing dan statusnya dikategorikan najis mughallazahnya mungkin menjadi tanda tanya. Mungkin satu kajian saintifik veterinar mempunyai jawapannya.

Dapatan kajian menunjukkan anjing biasanya sentiasa terkena jangkitan pelbagai jenis cecacing parasit yang menjadi perumah di dalam tubuhnya dan juga di bahagian luar seperti kulit dan bulunya.

Contoh cacing yang biasa didapati pada anjing ialah Toxocara canis yang membiak di dalam perutnya dan terdapat pada najisnya. Menyentuh dan membelai-belai anjing boleh menyebabkan perpindahan cacing jenis ini kepada manusia.

Seorang doktor haiwan dari Somerset, Ian Wright, melaporkan di dalam Jurnal New Scientist bahawa ia boleh mengakibatkan ‘toxocariasis yang boleh mengancam daya penglihatan manusia. Beliau mendapati purata 180 biji telur cacing pada setiap gram bulu anjing. Satu kuantiti yang lebih tinggi daripada jumlah telur cacing yang didapati dalam satu gram tanah.

Ada pun isu mengaitkan kehadiran anjing belaan dengan penambahan rezeki adalah syirik, (nauzubillah). Oleh itu, ia haram dalam Islam kerana Allah sahaja yang berhak menentukan rezeki makhluk-makhluk-Nya.

Tiada sekutu baginya dalam pembahagian rezeki. Wallahu ‘alam

Tuesday, May 25, 2010

Ucapan Pertama Rasulullah Di Bumi Madinah

Salam sahabat semua,

Sharing is Caring..

Ucapan ni di petik dari CD ceramah Ustaz Kazim Elias Al-Hafiz yang bertajuk
"Makanan Pertama Ahli Syurga"

Apabila Rasulullah S.A.W sampai pertama kali di bumi Madinah, Rasulullah S.A.W turun dari untanya yang bernama khoswah (betulkan kalu ejaan ana salah). Rasulullah S.A.W terus bersalam dengan penduduk Madinah.

Kemudian Rasulullah naik semula ke atas untanya seraya memberi 4 ucapan Pertama Di Bumi Madinah Al-Mukarramah

Rasulullah S.A.W Bersabda:-

"Wahai Manusia

1. Sebarkan Salam (Salam dengan lafaz Assalamualaikum & Berjabat tanam)

2. Berilah Makan

3. Sambunglah Silaturrahim

4. Hendaklah Kamu Sembahyang Malam Takkala Manusia Sudah Lelap tidur

Kamu akan masuk syurga dengan Sejahtera"

Renung-Renungkanlah dan Selamat Beramal

P/s: Beli lah Cd Ustaz Kazim Elias untuk dengar ceramah Selanjutnya atau pun korang semua download ceramah di http://www.mymaktabaty.com. Kat sini byk ceramah2 Ustaz2 di Malaysia ni..

Kita Berurusan Dengan Manusia

Salam sahabat,

Sharing is Caring...


Ada seorang sahabat. Dia sangat baik, terkenal alim dan faqih dalam agama. Pelajarannya cemerlang, ibadahnya gemilang. Kita percaya dengannya.

Satu hari, sahabat ini telah membuat satu penganiayaan kepada kita. Tanpa kita jangka, peribadi yang secantik itu telah melakukan sesuatu yang melukakan jiwa kita.

Kita pun berkata: “Apa la, selama ini ingat baik sangat”

Kemudian kekecewaan kita itu meleret-leret sehingga menghentam sekolahnya, pelajarannya, agama yang dia anuti dan syakhsiahnya yang baik selama ini itu.

Hakikatnya kita telah terlupa, bahawa kita sedang berurusan dengan manusia.

Manusia, bukan malaikat.

Semenjak saya hidup, saya tidak pernah lagi bertemu manusia seperti malaikat. Saya ada jumpa ramai orang baik dalam kehidupan saya. Tetapi, sebaik-baik mana pun manusia saya jumpa, pasti ada kekurangannya.

Ya, jika saya mahu, saya boleh canang-canangkan keburukannya, kelemahannya.

Tetapi saya sentiasa mengingatkan diri saya. Dia adalah manusia. Pasti ada sisi kekurangannya.

Manusia bukan malaikat yang keimanannya mendatar. Manusia juga bukan malaikat yang tidak pernah membuat kesilapan. Manusia bukan malaikat yang 100% taat dan patuh pada segala larang perintah Allah.

Manusia adalah manusia. Ada masanya di atas, ada masa di bawah. Sehebat mana pun manusia, akan ada sisi kekurangannya. Tinggal kekurangannya itu kecil atau besar sahaja. Sebaik mana pun manusia, akan ada silapnya. Tinggal kesilapan itu memberi kesan yang teruk atau tidak sahaja.

Tetapi akal kita sukar untuk rasional.

Sebab kita lupa, kita berurusan dengan manusia.

Manusia, bukan robot

Yang cantiknya pada manusia, tiada manusia yang serupa 100%. Kalau muka seiras sekalipun, pasti ada kelainan dari segi akhlak, kehidupan peribadi, gaya tutur dan sebagainya.

Manusia bukan seperti robot, dicipta di satu kilang yang sama, diprogram dengan program yang sama dan bergerak dengan pergerakan yang sama. Manusia adalah makhluk bebas, diberikan ikhtiar, peribadinya terikat dengan persekitaran tumbesaran.

Sebab itu, Allah mengarahkan kita untuk berkenalan dan mendalami insan yang lain.

Justeru kita tidak boleh mengharapkan 100% daripada manusia. Kita perlu menerima sisi kekurangannya. Kita perlu bersedia untuk dia melakukan kesilapan. Kita perlu melapangkan jiwa kita, apabila dia melakukan kesalahan.

Sebab kita berhubungan dengan manusia.

Manusia mana yang boleh dikatakan sempurna selain Rasulullah SAW?

Tiada.

Nanti ada waktu, kita pula kejatuhan

Dan perlu diingat, bahawa kita juga manusia. Percayalah cakap saya, tiada manusia yang akan sentiasa berada di atas sepanjang kehidupannya. Akan ada juga sesi kejatuhan demi kejatuhan. Tinggal kejatuhan itu besar atau tidak sahaja.

Namun, setiap kejatuhan itu, kita memerlukan teman yang memahami, yang mendalami keadaan kita yang sedang kejatuhan.

Sebab itu, apabila ada sahabat kita, kenalan kita, melakukan kesilapan, kesalahan, maka jangan terus disisihkan. Berikan peluang, tegur dengan tenang. Didik, pupuk, berusaha untuk terus menjaga hubungan dan saling lengkap melengkapi.

Hari ini, kita berusaha memahaminya.

InsyaAllah, ada hari, apabila kita memerlukan manusia memahami kita, Allah akan hantar pula seseorang untuk memahami kita.

Penutup: Lapangkan dadamu kepada manusia, kerana Dia juga melapangkan rahmat-Nya untuk mereka.

Berikan peluang, luaskan medan maaf. Jangan pantas melenting. Jangan merajuk, dan jangan bersedih. Kita sedang berurusan dengan manusia. Perlukan toleransi, tolak ansur dan berlapang dada.

Jangan kerana silapnya yang beberapa, kita sisihkannya seakan dia ahli neraka.

Jangan.

Lihatlah Allah Yang Maha Penyayang itu. Bagaimana Dia berursan dengan manusia. Tidakkah anda lihat banyak kelapangan, kelonggaran yang Allah berikan untuk insan?

Contoh paling baik adalah, Allah mengutuskan Rasul itu dari kalangan manusia. Allah tidak menjadikan Jibril sebagai rasul kepada manusia. Hal ini kerana, Allah faham betapa manusia ini perlu pendidikan secara praktikal. Bagaimana mungkin manusia boleh mencontohi malaikat yang apabila Allah kata sekian, tanpa cepat sesaat, lewat sesaat, arahan itu akan dilaksanakan dengan penuh taat?

Kita juga melihat, Allah menyediakan keampunan yang sangat luas untuk insan. Kenapa? Kerana Allah tahu betapa manusia ini banyak silapnya.

Itu kelapangan Allah, empunya segala apa yang wujud di dunia.

Maka, di mana hak kita untuk membenci manusia yang berbuat kesilapan? Di mana hak kita untuk mencaci pula sekolahnya, agamanya, peribadinya yang baik sebelum kesilapannya itu?

Ya, kita benci kesilapannya, kesalahannya, keingkarannya. Tetapi kita tidak sesekali benci pada dia. Malah kita berhajat memahaminya, membimbingnya.

Sebab dia adalah manusia, seperti kita.

- Petikan email dari sahabat di pejabat.