Didik Al Quran

Wednesday, June 16, 2010

Jauhi 7 perkara yang membinasakan

Sharing is Caring

"Dari Anas r.a katanya, sesungguhnya kamu mengerjakan perbuatan pada pandangan kamu ianya lebih halus dari bulu roma, padahal kami di zaman Rasulullah s.a.w mengira perbuatan itu diantara perkara-perkara yang mencelakan iatu Dosa Besar. Di katakan al-mubiqot yakni menghancurkan atau membinasakan (Riwayat Imam Bukhari )

Kata Anas pada Zaman Rasulullah, kami anggap amalan ni di anggap dosa besar, benda yang menghancurkan
tapi zaman sekarang(ketika itu zaman tabiin yang masih dianggap zaman yang masih baik lagi), amalan ini dianggap macam bulu roma je keciknya. Kalau zaman kita dah di anggap macam tak ada bulu. Di anggap terlalu biasa.

Di Kaitkan dengan 1 Hadis Rasulullah, Kata Rasulullah jauhilah kamu dengan 7 perkara iaitu

1. Syirik kepada Allah
2. Menderhakai Ibu Ayah
3. Membunuh Diri - 
4. Makan Riba
5. Menuduh orang berzina
6. Lari dari peperangan
7. Melakukan sihir


Dalam Riwayat lain, secara umum, Nabi s.a.w bersabda,mafhumnya "Ingatlah, Sesungguhnya  hancur umat dahulu, kerana banyak pertanyaan mereka dan banyak bersisihnya mereka dengan nabi-nabi mereka".

**Kalau ummat sekarang tak ambil peringatan, kalau hancur mereka sahaja tak apa, tapi orang yang tak buat pun kena.. nauzubillah..

Daripada Abu Hurairah, dari Nabi s.a.w ,Baginda bersabda, sesungguh Allah s.w.t Cemburu(tidak suka@tidak redha) dan cemburu Allah s.w.t itu terhadap orang-orang yang mengerjakan apa yang di haramkan oleh Allah s.w.t ke atas mereka. (Riwayat Imam Bukhari & Muslim)

Di sebut dalam sunnan Abi daud, Bila Allah manusia pandang dalam keadaan murka, maka berguguranlah daging dan kulit manusia itu. Itu belum Allah s.w.t laknat atau Allah s.w.t Seksa.

Tapi manusia tak nampak lagi. kat akhirat baru nampak sebab Allah s.w.t tak turun terus azab kat dunia ni..


Catatan Kuliah Ustaz Mohd Zain Mohd Noh
Kitab Riyadussolihin
M/s 96 hadis ke 65 Bab Al-Muroqobah (pengawasan dalam berhati-hati)

No comments:

Post a Comment