Didik Al Quran

Sunday, July 25, 2010

9 Sebab Hati Tidak Bahagia

Sharing is Caring
a) Pemarah
Paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia.
Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak terang.

b) Pendendam
Tersembunyi ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini
sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang
kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang
didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung.

c) Hasad dengki
Amalanya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat
ketuhanan.

d) Bakhil
Sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dan
lain-lain dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada
duit. Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang
yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap
memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri
melalui makhluk.

e) Tamak
Orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan
yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut, walau berapa banyak
yang diminum tetap tidak habis juga (lagipun orang tamak selalu rugi).
Ingat! Yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan
oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan
rezeki kita (mungkin ada hak orang lain di situ). Biarlah rezeki itu
sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.

f) Tidak sabar
Andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal
yang lebih besar.

g) Ego
Ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang.
Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun
batin. Pasal semua orang ada egonya sendiri, cuma tinggi atau rendah tahap
keegoan tersebut.

h) Riak
Terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji.
Sentiasa berlakon-lakon di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah
amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. Allah marah kalau
kita riak, takabbur dengan apa yang kita ada.

i) Cinta Dunia
Tidak dapat, menderita, dapat pun, menderita kerana bila sudah dapat, susah
pula menjaganya. Berhartalah, tidak mengapa tetapi kawal hati jangan
diletakkan pada harta itu (bila mati cuma bawa amalan dan doa anak yang
soleh atau solehah). Cinta dunia merupakan 'neraka dunia' kerana dunia itu
'panas' akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah
akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang
dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.



                                Kesimpulan


Jadi yang meragut kebahagiaan sebenarnya bukanlah secara TOTALnya
disebabkan kemiskinan, musibah, kesibukan dan lain lainnya, tetapi ialah
MAZMUMMAH. Makin tinggi mazmummah seseorang, makin ia tidak bahagia.

Samada bermujahadah atau biarkan saja mazmummah itu, kedua-duanya tetap
menderita tetapi andainya bermujahadah kita akan dibantu Allah dan akan
bahagia jua akhirnya. Sama-samalah kita sentiasa ingat mengingati antara
satu sama lain, andai kita terleka dengan dunia buruklahh padahnya.

Wallahualam bissawab

No comments:

Post a Comment